Saturday, 26 November 2016

Pening Lalat

Selamat Petang!!!

Dah bertahun-tahun tak tulis blog, tiba-tiba bersemangat balik nak tulis dan update.

Apa hal tajuk tu pening lalat? Hahaha... pening lalat sebab banyak benda kena belajar balik, cari dan godek-godek blog orang lain yang buat tutorial. Blog template dan step semua dah baru, sebelum ni senang sikit tapi tak tahu la kalau korang yang dah hebat ni cakap senang.

Buat masa sekarang blog Nurul simple macam ni je dulu, bila dah jumpa tutorial yang Nurul cari... Nurul cuba upgrade lagi menu tab atau apa-apa yang sesuai. Actually, menu tab dah boleh buat cuma macam mana nak link kan setiap post dengan related tab menu tu. Dah cuba tapi tak jadi jugak sob..

Kalau ada yang sudi nak ajar silakan, Nurul sedia belajar. I'm newbie... banyak benda baru yang tak tahu dan perlukan tutorial. Walaupon blog ni ringkas tapi tak nak lah setiap post dan apa-apa dalam blog ni macam tak siap je. Kena buat betul-betul biar lengkap dan padat... betul tak ? 😀😀

Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum...

Dalam perjalanan balik ke Kelantan, Nurul sempat naik Bukit Tinggi, Pahang. Tak jauh dari Genting Sempah... nampak je signboard Berjaya Hills ha! Sah la tu dah dekat dah exit nak naik ke Bukit Tinggi. Memandangkan kami ni tak rancang sangat, just cakap-cakap apa kata kita singgah naik Bukit Tinggi sebelum balik dan malam sebelum gerak balik still lagi tak tahu esok pagi confirm singgah atau tak nak naik Bukit Tinggi. Tidur tak ingat apa-apa sebab penat sangat. Bangun pagi kami bersiap, sempat singgah kedai beli kuih dan terus gerak balik. 

Adik Nurul ingatkan tak jadi singgah sebab Nurul diam tak cakap apa-apa sampailah Nurul suruh dia on Waze... hahahaha teruk sangat nak kena guna waze padahal nampak je signboard besar kat tepi jalan. Ok, journey begin bila dah exit ke Bukit Tinggi, nasib baik lah kami keluar rumah lambat dari yang dirancang... exit ke Bukit Tinggi tak lah awal pagi sangat. Kenapa Nurul cakap macam tu sebab sepanjang perjalanan naik ke Bukit Tinggi tu sunyi sepi tak ada kereta lain... terserempak dua buah kereta je. Itu pun jauh dah berapa km. Dalam kepala ni fikir, kalau jadi apa-apa macam mana nak mintak tolong dan selamatkan diri. Nurul fikir jugak, berani naik berani tanggung... mulut tak habis-habis sebut tawakal, '....rabbi yasssir wala tur assir rabbi tammim bil khoir...'' moga dipermudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Colmar Tropicale bangunan ala-ala dekat negara Perancis tu.




Jangan lupa jalan sampai ke hujung bangunan, korang akan jumpa tower. Boleh naik atas dan tengok pemandangan sekeliling Bukit Tinggi. Tower ni tak tinggi sangat dan tak penat pun naik tangga tapi kalau korang malas nak panjat tangga korang boleh guna lif yang disediakan. Bagi Nurul, agak menakutkan lif dia tu... lif lama. Slow je bila turun ke bawah, masa naik tak tahu pulak lif tu well functioned.. dah tengok tourist lain semua turun guna lif kitorang pun guna la. Takkan nak tengok je.


Dah puas ambik gambar, selfie, wefie... jalan-jalan tengok bangunan kami decide nak ke Japanese Village atau lebih tepat Japanese Tea House. Dekat Colmar Tropicale tu tak ada yang terlalu menarik melainkan warna dan dekorasi bangunan + keadaan sekeliling yang cantik. Sangat dicadangkan bagi sesiapa yang suka buat photoshoot... tak kisah la apa-apa photoshoot yang penting korang pandai cari angle yang cun confirm gambar super cantik. Sebelum Nurul lupa, fee untuk masuk RM16/orang untuk dewasa dan RM8/orang untuk kanak-kanak, korang akan jumpa pondok pengawal keselamatan first exit nak naik ke Bukit Tinggi dan second bila dah nak sampai ke junction yang berpecah antara jalan ke Japanese Village dan Colmar Tropicale. Kalau ke kanan dari pondok pengawal keselamatan korang akan ke Colmar Tropicale dan kalau terus akan naik lagi bukit ke Japanese Village. 

Kami ke Japanese Village lebih kurang 10 minit drive dari Colmar Tropicale, korang kena park kereta di tempat disediakan dan daki 88 anak tangga sebelum sampai ke Japanese Village, itupun baru halfway... dari anak tangga korang kena jalan lagi lebih kurang 5-10 minit untuk sampai ke Japanese Tea House. Kat sini lah korang boleh rasa dan hayati view ala-ala perkampungan orang Jepun, kalau ada extra duit boleh sewa kimono RM20/orang dan bergambar di sekitar Japanese Tea House. Landskap memang cantik tapi sayang cuaca masa Nurul sampai tu agak panas, so tak dapat nak feeling sejuk... penat + peluh daki anak tangga masih ada. Dari Japanese Tea House kami ke Botanical Garden. Junction diantara Japanese Tea House dan Botanical Garden disediakan sebuah kedai souvenier. Nak beli FM Colmar Tropicale?? Nurul suggest beli kat sini, lebih banyak pilihan dan lebih menarik berbanding kedai souvenir kat bawah. Harga lebih kurang sama, beza mungkin dalam RM1-RM2. 

 Japanese Tea House


Kedai Souvenir, junction antara Japanese Tea House dan Botanical Garden



Siapa yang sukakan bunga boleh masuk ke Botanical Garden ni, Nurul rasa best dan nyaman sangat bila kat sini... kebetulan cuaca mendung + redup. Angin dingin, perasaan tenang je...

 


Dah habis pusing, penat berjalan dan Nurul puas hati sebab dapat bawak adik naik ke Bukit Tinggi ni. Bagi Nurul, ni kali kedua Nurul naik Bukit Tinggi dan sampai ke Japanese Village. So, satu pengalaman indah walaupun ringkas tetap jadi memori. Kami turun dari Japanese Village dan terus gerak balik ke Kelantan, alhamdulillah kami selamat sampai seperti dirancang sebelum maghrib 😀😀

Saturday, 19 November 2016

First Entry Selepas Beberapa Tahun

Assalamualaikum....

Pertama sekali syukur sangat-sangat sebab Nurul bersemangat balik nak update blog yang dah lama berhabuk dan bersawang ni. Sebelum ni Nurul dah pernah menulis pada 2012 dan stop sehingga sekarang. Semua benda yang dah post sebelum ni Nurul dah padam.... kira nya blog ni macam blog baru cuma dah menceburkan diri dah lama dan tak aktif. Sekarang kita aktif balik naa.

Ok untuk first entry ni je. Nanti ada idea Nurul update 😀